Monday, January 20, 2014

Inspirasi

[Nawaitu perlu baik]
Niat sudah lama ada tapi tindakan ke arahnya terbantut dek pelbagai kekangan. Bukan tidak pernah cuba tanam, tapi usaha pertama menanam ulam raja oleh Tuan Muda Khairi pada tahun lepas gagal. Benih tidak menjadi ulam raja sebaliknya muncul raja lalang. Hahaha (gelak dibuat-buat). 

Post mortem dibuat bagi mencari punca ulam raja menjadi lalang!
Adakah kerana tanah tidak sesuai?
Adakah kerana terlebih baja? (tercurah sekilo perut ikan temenung yang dikisar sebagai baja)
Adakah kurang mendapat cahaya matahari?
Adakah kekurangan air?

Jawapan tepat tidak ditemui namun tok guru saya kata 'sekali gagal bukan bererti gagal selamanya'.

Kombinasi semangat baru bersumber inspirasikan founder mypetakhijau.blogspot.com, maka tercetuslah idea Taman Mini LamanSayur dengan konsep Petik dan Masak, Segar Hingga ke Mulut. 

Buat pelan lanskap dulu...(kreatif lagi inovatif)

Gambar atas:Tudiaaaa...pasu berderet. Anak benih belum ada lagi!

Jumaat, founder mypetakhijau bagi bagi link tanamsendiri.blogspot.com. Ahad kami cari rumahnya di Semenyih. 
Gambar atas: Benih dan anak benih yang bakal mengisi ruang LamanSayur. (Suka cara Tuan Is label guna pisau plastik)

Banyak tip berguna yang Tuan Is bagi. (Saya akui tiada ilmu pertanian waima saya adalah anak petani sejati)
* anak pokok salad/sawi harus dialih walaupun nak tanam dalam bekas yang sama. (Cabut dan tanam semula)
* anak ketumbar jangan dialih. Kalau alih kemungkinan besar boleh mati.

Itu saja tip yang dapat dihadam dek minda asbab dek Tuan Muda Khairi sibuk dengan isu laparnya.

Balik rumah, makan roti arab cecah dengan gulai ayam. (Nota senyum: tumis gulai ayam guna daun kari yang baru tanam sehari di LamanSayur)

Publish!

ceo
lamansayur@ps



2 comments:

  1. suka sangat dengan sketching tu. mypetakhijau takde apa laa kakchah...banyak lagi perlu belajar

    ReplyDelete
  2. saya korek ilmu dari mypetakhijau.....

    ReplyDelete