Sunday, January 19, 2014

Kangkung oh kangkung

Assalamualaikum pembuka bicara.
Pejam celik pejam celik kini sudah tahun 2014. Ayuh kita pertingkatkan diri menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. 

Fenomena semasa di Malaysia menjadikan 2014 tahun mencabar ekonomi rumahtangga dengan kenaikan harga petrol, tarif elektrik serta tambang pengangkutan awam. Semua itu menjurus kepada kenaikan barang-barang keperluan lain seperti gula, tepung, minyak, sayur dan barang-barang makanan yang lain.

Dulu nasi sepinggan berharga seringgit kini seringgit setengah.
Dulu sayur untuk sepinggan nasi makan tengahari hanya lima puluh sen kini jadi seringgit.
Dulu seketul ayam goreng berharga dua ringgit kini ada yang mencecah tiga ringgit.

Kenapa kangkung menjadi tajuk pembuka blog lamansayur.blogspot.com ini?
1. Saya suka makan kangkung pada era kanak-kanak dulu.
2. Kini saya tidak suka kangkung lagi.
3. Kangkung mencetus idea kami untuk berbudi kepada tanah.
4. Kangkung popular diperkatakan di media massa dan elektronik baru-baru.
5. Kangkung banyak khasiat.
Gambar hanya hiasan.

Kenaikan harga memberi kesan ekonomi yang ketara kepada rakyat marhaen. Dalam memberontak kita perlu bijak mencari alternatif bagi mengatasi masalah ini. Satu-penjimatan!

Bagaimana kangkung dan sayur-sayuran kampung lain dapat menjimatkan kos berikut dalam hidup kita?
- jimat kos petrol.
- jimat kos tol

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sendirinya merasmikan laman lamansayur.blogspot.com. Hehehe. Kalau ada kenyataan yang menyinggung mana-mana pihak saya terlebih dahulu memohon maaf. Perkongsian informasi dan cereka dalam laman ini diharap dapat memberi manfaat kepada kita bersama.

Doa:
Segala puji dan syukur padaMu ya Allah kami masih dapat bertemu 2014M/4035H. Permudahkanlah segala urusan kami, keluarga kami, anak-anak kami serta ibu bapa kami. Ampunilah kami, rahmati kami, perbaiki kelemahan kami, tingkatkan darjat kami, murahkan rezeki kami, pimpinlah kami, sihatkanlah kami dan maafkanlah kami ya Allah. Amin ya rabbal alamin.

Publish!

ceo
lamansayur@segitiga emas


1 comment: