Monday, January 20, 2014

Langkah Mula

Segala puji bagiMu ya Allah.

Saya tidak suka sayuran hijau. Itu benar. Selepas berumahtangga, saya dan tuan-tuan muda dipaksa makan sayur. Itu juga benar. Januari 2014, saya dan Tuan Abang bersepakat menanam sayuran hijau di sudut hadapan rumah yang tiada tanah. Itu hakikat.

Muafakat, rancang dan bertindak!
1. Buang bunga 'lalang' dan cuci pasu-pasu yang sedia ada. 
2. Kunjungi nurseri - beli tanah dan pasu tambahan.
3. Senaraikan sayur-sayuran dan herba yang ingin ditanam. 
4. Buat layout taman mini herba dan sayuran kampung. 

Ni diaaa! Senarai berjela terhasil selepas muafakat bersama Tuan Abang.
1. Serai
2. Kunyit
3. Cili kecil dan besar
4. Pudina
5. Pandan
6. Ketumbar
7. Ulam raja
8. Pokok kari
9. Pokok limau purut
10. Pokok limau kasturi

Semangat waja lagi membara ni! Berinspirasikan wanita bekerjaya yang sayang anak-anak dan suka bercakap dengan pokok, blogger mypetakhijau.blogspot.com-saya dan suami akan usahakan taman mini herba dan sayuran dengan konsep petik dan masak, segar hingga ke mulut. 
Semoga impian terlaksana dengan keizinanMu ya Rabb.

Langkah mula! Beli tanah di nurseri berhampiran lampu isyarat Saujana Impian.
Gambar atas: kulihat hijau....
Gambar atas :dari kiri kanan ke bawah;) - Tanah tanaman organik, anak pokok karapole, tanah hitam, anak pokok cili, anak pokok limau purut, anak pokok terung. 

Gambar atas : Anak pokok yang dialih ke pasu kekal.

Publish!

ceo
Lamansayur@primesaujana

3 comments: